Bismillah~
Alhamdulillah, sudah tamatlah pengajianku di kolej itu.
sudah lama tidak menulis di ruangan ini
Untuk entry kali ini, nak ceritakan sedikit pengalaman mengenai Zenfone 5
Sewaktu hampir tiba majlis konvokesyen ana peringkat diploma, tiba-tiba kamera fon ana bermasalah. Setiap kali buka kamera, akan tertulis 'Camera no found'. Ana agak panik. sebabnya kamera tu nak guna waktu hari bersejarah ana. Ana cuba restart beberapa kali fon tu, tapi tak ok jugak. akhirnya ana pasrah. tapi dalam masa yang sama, tangan ni asyik mencari blog-blog @ tulisan @ video tentang bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu. Tidak banyak blog menceritakan tentang itu. Dalam masa yang sama, ana pergi ke kedai dan bertanya tentang kos kalau nak repair fon tu. Tauke kedai cakap, tak tahu lagi berapa kos nya dan dia kata boleh guna lagi warranty untuk betulkan semula tapi memakan masa dalam sebulan. Akhirnya ana ambil keputusn untuk tidak membetulkan semula fon tu.
Tiba masa konvo, adik junior cakap, mereka pun pernah kena macam tu. Mereka suggest supaya keluarkan sim card dan memory card. Ana cuba dan Alhamdulillah berjaya. tetapi untuk seketika sahaja kamera tu ok. Sekian terima kasih. then nak jadikan cerita, ana terpaksa menumpang kasih orang untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu. Apabila sampai sahaja di rumah, tiba-tiba camera dah ok pula.
So, penyelesaiaannya.. kalau kamera fon jenama zenfone 5 keluar warna hitam dan tertulis 'camera no found', cuba restart semula fon anda atau cuba keluarkan dulu memory card dan sim card. Kalau tak ok juga, memang patut kena servis semula.
Sekian, itu sahaja untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan